Dunia ibu yang bekerja sering basah dengan tugas rutin hariannya. Bermula celik mata hinggalah pejam dalam kesunyian pekatnya malam. Sekali sekala mengeluh kecil .. alaa biasalah apabila penat mengundang. Sudah 3 minggu seluruh badan terasa penat, letih, lesu diikuti minda yang blur dan bercampur baur. Kebiasaannya saya akan masak bekalan untuk anak-anak ke sekolah namun hari ini saya tak sediakan kerana terlampau penat. Semalam adik muaz menjerit, ketika itu jam menunjukkan pukul 4:03 minit pagi. Adik muaz menangis sekuat hati... anak syurga ini tidak pandai bercakap. Saya bangun dan meriba adik Muaz. Saya tepuk dan usap kepala adik muaz hingg adik Muaz diam. Saya kembali tidur sambil memeluk adik Muaz. Aduhhh ... pukul 6.20 saya baru terjaga dari tidur. Nampaknya hari ini saya tak sempat sediakan bekalan makanan untuk anak-anak. Kekalutan ini mengundang beberapa insiden yang tidak diduga. Suami dan anak-anak sudah bertolak ke sekolah pada pukul 6:55 pagi. Saya masih di rumah. Sebelum keluar rumah, semua suis ditutup. Saya kunci rumah. Setelah selesai, saya terus menuju ke kereta... alaa lupa pulak kunci kereta. Saya kembali buka pintu rumah... cari kunci kereta.. tak jumpa. Saya call suami, katanya tak tahu. Masa terus berjalan... saya mencari kunci... dalam fikiran saya ketika itu "punch card" pasti dah merah nii. Saya masih tak jumpa kunci kereta .. saya terus mencari dan cari... jam dah menunjukkan pukul 7:25 pagi... akhirnya saya menjumpai kunci tersebut. Kunci itu berada dimeja batu (luar rumah).. barulaa saya teringat, semalam sekembali daripada menjemput mak .. rumah berkunci ketika itu. Saya, mak dan dua orang anak berada diluar rumah sambil menunggu suami pulang... ketika itulah saya telah meletakkan kunci kereta di atas meja batu.
Masalah kunci kereta dah selesai. Saya terus mengunci rumah dan pagar. Ketika sedang asyik memandu dan melayan perasaan (hari ini punch lambat) kedengaran benda jatuh dari arah kiri. Allah.. baru saya ingat bahawa saya telah meletakkan sesuatu disitu. Saya cuba berhenti tetapi kenderaan terlalu banyak dibelakang kereta saya. Saya membelok ke kanan dan berhenti di situ. Memang benar.. saya telah meletakkan "powerbank" dan sesuatu yang lain pada bonet depan kereta saya. Mak tak terkata, dia faham anaknya ini kekalutan pepagi untuk pergi kerja. Saya ingin menelefon suami saya untuk maklumkan kepadanya bahawa saya sudah bertolak ke sekolah ( kunci kereta sudah dijumpai ). Telefon pulak saya tak ingat letak di mana. Episod mencari telefon bermula, saya minta mak menelefon kepada telefon bimbit saya tetapi tiada sebarang deringan kedengaran dalam kereta. Saya terus pandu kereta pulang ke rumah untuk mencari telefon. Pencarian saya gagal. Telefon saya tidak dijumpai. Saya mengesyaki telefon saya terjatuh ketika pemanduan tadi. Saya pandu kereta perlahan-lahan.... mata saya meliar mencari telefon bimbit. Saya menghentikan kereta di bahu jalan dan turun mencari telefon bimbit.Dalam pemikiran saya ketika mencari telefon tersebut... saya tidak akan membeli telefon baru untuk tempoh terdekat. Hidup tanpa telefon bimbit buat sementara waktu, Alhamdulillah..... saya jumpa telefon bimbit di bahu jalan sebelah kiri. Syukur sangat kerana tiada sebarang calar atau retakan pada skrin telefon tersebut. Macam tak percaya kerana telefon tersebut terjatuh semasa saya masih memandu. Ini bermakna saya telah meletakkan " powerbank " dan telefon bimbit di atas bonet depan kereta.
Sabar dan tabah setiap masa sudah pasti memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata mahupun perasaan kecuali memanjatkan syukur kepada Allah swt. Terdetik juga dalam hati ini bahawa telefon saya selamat daripada kerosakan kerana hikmah menyantuni " mak " setiap kali " mak " memerlukan. Sepanjang kejadian mak berada di sisi. Terima kasih ya Allah.